PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN
1.1 Perkembangan Rangkaian
Rangkaian
yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET
yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat.
Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan
Pertahanan Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA)
yang bertujuan mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah
komputer sehingga membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan
nama ARPANET ( Advance Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih
dari 10 buah komputer telah dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk
sebuah rangkaian.
Pada
tahun 1972, Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik
(emel) untuk penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik
pada ketika itu dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@])
diperkenalkan sebagai ikon dari emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan
komputer yang diberi nama ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar dari Amerika
Syarikat. University College di London merupakan komputer anggota
rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama
dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan sebuah gagasan
yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet.
Idea ini dipersembahkan untuk pertama kalinya di Sussex University.
Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian atau Network.
Pada
tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta
Newsgroups pertama yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun
1981, France Telecom telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama
dunia (pengguna dapat saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan
pautan video (video link)).
Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup USENET.
Pada
tahun 1984, sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai Domain
Name System (DNS) telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan
semua alamat rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS
komputer yang bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada
tahun 1987, bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10
kali ganda dan menjadi 10000 buah lebih komputer.
Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau World WideWeb.
Pada
tahun 1992, komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 buah
komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah). Pada tahun 1994,
laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat
halaman) dan pertama kalinya Virtual
Shopping atau e-retail muncul
dalam pelbagai situasi. Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search
Engine) yang pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry
pada bulan April 1994. Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah
dilancarkan.
1.2 Maksud Rangkaian
Rangkaian
terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi
sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi
secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel,
talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah
(infrared).
1.3 Kegunaan Rangkaian
1.
Berkongsi
fail - rangkaian
membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan salinan data (backup) kepada komputer yang
berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.
2.
Berkongsi
peranti – Pengguna
dapat berkongsi peranti pencetak mesin faks, modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM
dengan pengguna yang lain.
3.
Berkongsi
akses internet –
Rangkaian komputer membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak
tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa akaun.
4.
Pengurusan
perisian berpusat
- Salah satu manfaat yang besar bagi memasang rangkaian adalah semua perisian
boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan (server). Komputer pelanggan (client)
dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini menjimatkan masa pemasangan
perisian.
5.
Mel
Elektronik (E-Mel) - Di
syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera (instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat
dan untuk menyimpan mesej untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di
rangkaian kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan
sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG).
1.4 Jenis Rangkaian http://www.youtube.com/watch?v=u5GXN4Ucet0
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)
Rangkaian kawasan setempat adalah
sekumpulan komputer dan peranti yang disambung bersama-sama yang biasanya di
bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah,
pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan
seperti sekolah atau lapangan terbang.
Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi
wayar atau tanpa wayar.
http://www.youtube.com/watch?v=uIJEME_IcAk
http://www.youtube.com/watch?v=uIJEME_IcAk
Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area
Network – MAN)
MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang
agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di
bandar–bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN
menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara, data,
imej dan video.
Antara ciri–ciri MAN ialah sambungan rangkaian
melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media penghantaran berprestasi
tinggi (gentian optik) dan menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan
Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar misalnya
Putrajaya dan Cyberjaya.
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)
WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, negara dan benua. WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal
ialah Internet.
Rangkaian Kawasan Peribadi
(Personal Area Network – PAN)
PAN
merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan sebagai
alat komunikasi di antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi
kawasan beberapa meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak
PDA, telefon selular, dan lain-lain. PAN boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire, infrared dan Bluetooth
Rangkaian Network Maya /
Virtual Private Network (VPN)
VPN
ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian
dan akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang
lain. Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.Ia
selalu digunakan oleh bank dan syarikat berskala besar.
Rangkaian Kawasan Setempat
Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)
WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE
WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX)
WiMAX merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50 kilometer.
WiMAX
mempunyai 2 Bahagian iaitu;
1.
Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan
konsep manara telefon bimbit
2.
Penerima WiMAX yang dipasang dirumah.
1.5 Jenis Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian
komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang
digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol –
protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa
wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:
Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah
komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai
pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized)
untuk melayan pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak
dan lain – lain. Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa
tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang
perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Dalam masa yang sama,
komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja-kerja individu dan
menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula
tidak memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail
sebaliknya terus menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang
disimpannya.
Antara ciri–ciri senibina rangkaian pengguna – ke –
pelayan (Client – to – Server) adalah seperti berikut:
I.
Keselamatan sumber dan data dikawal
oleh pelayan
II.
Perkongsian data dan perisian aplikasi
boleh di lakukan.
III.
Perbelanjaan yang lebih mahal
diperlukan untuk sebuah komputer pelayan.
IV.
Perlu melakukan penyelenggaran
(maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem
V.
Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku
kerosakan pada pelayan.
- · Rakan – ke – rakan (Peer – to – Peer)
Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana
semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga
pengguna. Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer
lain dan juga menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa.
Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya
perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-sumber lain dari setiap
komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan
memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. P2P
hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lmelebihi 5 buah komputer dan tidak
menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh
berkongsi data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian
internet.
Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah
seperti berikut:
I.
Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal
rangkaian dan sumber.
II.
Perkongsian pada perkakasan dan fail
boleh dibuat
III.
P2P tidak dapat menjamin keselamatan
data di dalam sesebuah komputer
IV.
Semua komputer di dalam rangkaian
mempunyai keupayaan yang sama di dalam mengirim, menerima dan memproses fail.
1.6 Jenis Topologi
Topologi ialah susunan
geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian
setempat (LAN).
Topologi utama ialah:
• Topologi Bintang (Star
Topology)
• Topologi Cecincin (Ring Topology)
• Topologi Bas (Bus Topology)
• Topologi Hybrid (Hybrid
Topology)
Topologi Bintang
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung
dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke
peranti yang dikenali sebagai hab.
- Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.
- Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D.
Topologi Cincin
Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod
yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat
terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod
seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.
- Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam)
- Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar.
Topologi Bas
Topologi bas, juga dikenali sebagai bas
linear, ialah topologi yang
paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod
dalam rangkaian ke dalam satu barisan.
- Kelebihan – apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.
- Kekurangan – apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas
- Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.
- Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian.
- Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server).
1.7 Jenis Teknologi Komunikasi
Intranet
Intranet adalah rangkaian komputer yang
khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman suatu organisasi. Intranet
menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara
orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data seluruh
kakitangan organisasi.
Perkakasan rangkaian standard dan
teknologi perisian yang digunakan seperti Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar web
dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya termasuk akses internet
tetapi perlu melalui tembok api (firewall)
yang tidak boleh dicapai terus dari luar dan dalam.
Ekstranet
Ekstranet adalah rangkaian persendirian
yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk
berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal,
vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. Ekstranet itu boleh
dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada
pengguna di luar syarikat.
Internet
Internet ialah rangkaian global komputer
yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang awam. Internet
merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian
menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini. Internet
berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang
dikenali sebagai IP atau protokol internet.
No comments:
Post a Comment